Showing posts with label Pesan Buat Anak-anak Ibu. Show all posts
Showing posts with label Pesan Buat Anak-anak Ibu. Show all posts

Friday, June 17, 2016

Ya Allah, Peliharalah Hati ini Dari Hasad Dengki.. Astaghfirullahal'adziim...

Soal hati ni memang tak boleh cerita.. Kadang-kadang orang tak menunjuk-nunjuk pun, silap-silap haribulan kita boleh tersakit hati dan dengki. Soalnya kenapa? Kenapa? Kenapa?

Perasan tak? Bila kita dok scroll facebook, kita boleh rasa happy sangat bila tengok newsfeed.. Tak kisah lah orang tu gi Paris ke, Palestin ke, beli rumah baru ke, dapat gelang emas ke, suami wefie ke.. Tapi tiba-tiba si polan si polan bercerita, macam-macam rasa, meluat, mencik, meluap-luap dan rasa sakit hati sampai log out terus facebook.. haaaaa!! itulah tanda ada bibit-bibit sakit hati..

Ni bukan rekaan tauu.. betul-betul! Alkisah membaca seorang chef yang sangat sentiasa bermurah hati berkongsi resepi. Siap bertapa untuk buat resepi baru untuk dikongsi. Sungguh morni hati chef tersebut. Tiba-tiba perasan, komen chef ni sepesen yang berbunyi seolah-olah Lihat lah doniaaaa!! Ku berjaya walaupun kau dulu kedekut ilmu dengan aku. Tak tahulah apa yang terjadi sebenarnya, tapi bahasanya agak membuka pekung tentang kisah-kisahnya yang lalu.

Berbalik dengan kisahku sendiri. Memang ku sentiasa happy dengan kegembiraan orang lain, namun ada beberapa insan yang agak ku tak boleh nak gembirakan hati yang kecil ni. Bila dikorek-korek, memang orang yang tak boleh ku gembirakan hati ni, ada 'history' pada suatu jaman dahulu. Dan selalunya kenangan itu kurang manis. Sama ada hati pernah dikecilkan atau ku yang mengecilkan hati sendiri.

Sejujurnya, memang ku benci dengan perasaan itu, namun agak sukar untuk dikawal perasaan yang tidak diundang itu. Dipendekkan cerita, kalau dulu, ku 'unfriend' saja. Tapi sekarang, ku cuba melawan perasaan itu dengan mendoakan yang baik-baik saja dan berdoa agar Allah melembutkan hati ni.

Memang dalam isu yang macam ni, tiada siapa yang salah. Soal hati memang susah untuk dikawal melainkan iman yang menepis segalanya. Yelah kan.. namanya pun soal hati. Okaylah! Kalau ada rasa macam tu.. cepat-cepatlah cuba untuk menepisnya. Hati yang sakit ni lama-lama makin parah kalau tak diubati. Tepuk iman, tepuk hati, jangan sampai mati hahahaha..

Chow bebeh!

Saturday, May 21, 2016

A Happy Mom Raises Happy Children

Assalamualaikum anak-anak ibu,

Memang sepatutnya blog nilah menjadi blog utama ibu kan? Maybe it's not too late to start. Life if just too short, we should never waste time regretting our mistakes. The most important is to forgive and to move on.

Anyway, this is what I discover.. A Happy Mom Raises Happy Children.
Memandangkan anak-anak ibu majoritinya lelaki, maknanya kenalah pandai bagi isteri happy.
Macam mana nak bagi isteri happy?
Kenalah tahu tanggungjawab antara isteri dan suami.
Bila masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing, barulah kita akan jalankan tanggungjawab kita.
Tapi kita kena ingat, walaupun tanggungjawab masing-masing ada, kita kena tolak ansur kerana kita sentiasa akan diuji. Suami isteri kena saling bantu membantu tanggungjawab each other.

Anyway.. just remember, it is the duty of the every person to make the best of everything and be happy so you can have a happy family.

Well, that's what we have been trying to do and we hope and pray that Allah will grant us happiness fiddunya and jannah..


Sunday, January 23, 2011

Tahun Baru | Strategi Baru

Wah! dah lama betul ibu tak menulis di sini ya? Akhir sekali tahun lepas. Pejam celik pejam celik dah 3 minggu kita dah sekolah. Jadual studi masih belum ibu buat. Duty roster pun sama. Punyalah hangat-hangat tahi ayam. Sebenarnya, ibu dulu pun takde jadual tetap. Jadual berubah-ubah ikut kesesuaian. Itu pun ibu tak lah studi macam giler. Bila dah dekat exam baru ibu studi lebih sikit. Yang penting.. kita mesti siapkan kerja rumah dan studi sikit sebelum cikgu masuk topik baru. Insyaallah.. jika istiqamah.. kita boleh dapat result gempak dengan hanya sedikit waktu setiap hari.

ps.. Jangan lupa Maths dan Hafazan mesti buat hari-hari tau!

Thursday, September 17, 2009

Sedihkan? Puasa Dah Nak Penghujung...

Assalamualaikum anak-anak ibu..

Pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak sampai ke penghujung.. Sedih betul ibu.. Sambil ibu menaip air mata ibu bergenang sebenarnya.. menangisi pemergian ramadhan.

Ibu bersyukur Allah beri ibu peluang sekali lagi menyambut ramadhan. Ibu rasa, inilah ramadhan yang paling bererti bagi ibu. Walaupun ibu hanya sempat berpuasa cuma 15 hari sahaja.. dan terpaksa makan di siang hari kerana takut perut kembung.. ibu rasa gembira sangat dengan ramadhan ni.

Adik Muhammad lahir di hari yang penuh barakah.. sesuai dengan namanya yang mengingatkan kita semua tentang kekasih Allah. Semoga dengan kehadiran adik Muhammad akan menambahkan cinta kita kepada Rasulullah..

Ibu tahu, semua pun sedih ramadhan akan berlalu.. Hilanglah bonus berganda kita.. Buat amal sikit tapi Allah bagi pahala berganda-ganda.. Ibu hanya boleh berdoa dan berzikir sahaja.. Mulanya memang ibu sedih, tapi Allah Maha Adil.. bagi perempuan yang berhadas seperti ibu, cukuplah sekadar berzikir, berdoa dan memperbanyakkan sedeqah..

Kesian ibu tengok semua keletihan.. dahaga.. sampai tertidur-tidur lepas balik sekolah.. tapi apa yang menunggu semuanya pahala dan rahmat Allah. Allah maha mengetahui. Allah tahu siapa yang puasa keranaNya. Bila kita sabar menahan lapar dan dahaga, Allah akan balas setiap keperitan dengan pahala dan rahmatNya..

Kesian juga ibu tengok Irfan yang baru belajar puasa. Terpaksa makan roti sekeping bila terasa lapar, makan menyorok di bilik dan sambung balik puasa. Kadang-kadang terpaksa pulak Naufal tolong adik sambil tahan lapar. Nurul pulak puasa-puasa terpaksa temankan adik ke bilik air. Haziq pulak, tertidur-tidur lepas tadarus sementara nak menunggu pergi ke sekolah.

Tapi itulah keindahan ramadhan.. Allah memberi bonus berganda kepada kita.. Sempat lagi 2 hari untuk kita pohon keampunan, berzikir, bertadarus dan sembahyang tarawikh. Memang penat.. tapi bayangkan di bulan lain pahala kita buat 8 rakaat cuma dapat pahala 8 rakaat tetapi di bulan puasa.. Allah sahaja yang tahu pahala berapa rakaat yang diberi..

Semoga kita mendapat ramadhan yang terbaik tahun ini!

Wednesday, August 12, 2009

Exam Blues Again!

Can't believe it's already test week.. Ibu perasan korang macam malas je nak study.. Lengah sana, lengah sini. Sebenarnya ibu dah membebel dari minggu lepas.. tapi nampak gayanya macam semua buat tak tau je..

Agak-agaknya sebab ujian je kot. Tapi rugilah kalau tak belajar untuk ujian. Sebab kalau dah revise masa ujian, taklah teruk sangat nak baca untuk peperiksaan akhir tahun nanti.

Lagipun masa korang exam akhir tahun, mesti ibu dalam pantang.

Memang boring sekarang ni.. tak boleh nak keluar rumah sangat sebab H1N1, tak boleh tengok tv sangat sebab kena study.. tapi korang tak study dan tak baca buku. Kan rugi gitu?

Selalu memang kita akan lupa diri, tapi bila dapat result, kita yang rasa tension sebab tak dapat apa yang ingin kita capai. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Tak mungkin ada mesin masa yang akan bawa kita kembali ke waktu sebelum ujian.

Ibu harap anak-anak ibu buat macam apa yang ibu pesan. Read before lesson, focus during lesson, revise after lesson. Insyaallah, kita tak perlu study teruk sangat masa exam.. Seperti biasa.. apa yang kita buat sekarang akan lekat sampai ke tua.. Jika kita dah biasa dengan tabiat yang baik, insyaallah sampai ke tua.. tabiat tu akan melekat. It takes 2 weeks to change your habit but then remember, old habits die hard! Susah nak ubah kalau tabiat dah melekat dalam diri kita.

All the best ibu ucapkan buat korang! Jangan lupa study tau!

Wednesday, August 6, 2008

Sabar Menahan Marah Ya! Rasullullah Sayang Orang yang Menahan Marah!

Marah?

Senang sangat nak marah tapi susah sangat nak tahan marah. Tapi bila kita marah, orang yang kita sayang kecil hati, sedih; menyesal pun tak guna. Kalau hati terlalu terguris, akan ambil masa beberapa tahun untuk mengubat hati sendiri. Tapi kalau nak tahan marah sebenarnya ambil masa beberapa saat sahaja. Memang kadang-kadang, kita terlalu marah sampai terlepas dan terkeluar suara, nada yang kuat yang boleh menyakiti hati.

Ibu dulu memang pemarah.. Tetapi ibu cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan marah. Tapi memang ada masa ibu tak boleh tahan, dan selalunya ibu menangis kerana terlalu geram. Kata orang menangis tu perangai budak kecil tapi apa salahnya sekali sekala berperangai macam anak kecil asalkan dapat mengubati hati sendiri dan mengelakkan hati orang terguris. Bila kita tahan marah, banyak pahala yang kita dapat terutama sekali bila kita elak marah kerana Allah, bukan kerana takut hilang kawan atau kena denda.

Macam mana ya nak tahan marah kerana Allah? Senang sahaja.. Ingatlah di dunia ini kita mencari keredhaan Allah. Kita lakukan apa yang Allah sukad dan Allah sangat sayang pada orang yang menahan marah.

Ibu kongsi ya macam mana ibu cuba tahan marah. Naufal, Nurul, Haziq dan Irfan cuba ya!

1. Bila marah, diam. Jangan cakap apa-apa, takut nanti kita terus jerit.

2. Tarik nafas panjang. Fikir. Berbaloi tak untuk marah?

3. Ingat! Bila kita marah, syaitan berkejar-kejar ke telinga kita, hasut bagi kita lagi marah. Baca A'uzubillahi minassyaitonirrajim.. Bayangkan bertempiaranlah semua syaitan-syaitan kat telinga kita kerana takutkan Allah. Kita kan minta tolong Allah!

4. Cuba fikir.. betul ke kita sebenarnya marah atau kita terhasut dengan pujukan syaitan. Kan kita dah janji untuk menjadikan syaitan musuh kita nombor 1!Jadi jangan sekali-kali termasuk perangkap syaitan.

5. Bayangkan betapa sukanya syaitan, terguling-guling dia gelakkan kita bila kita tak berjaya mengawal marah. Bila ibu terbayang ini, ibu memang tak nak marah. Ibu tak nak bagi dia menang!

6. Kalau masih marah lagi, keluar dari tempat yang membuatkan kita marah atau jangan tengok orang yang kita marahkan. Insyaallah sejuklah tu..

7. Kadang-kadang kelakar sebenarnya bila tengok air tumpah, toys tergolek, adik conteng buku kalau kita tak marah.. tengok muka yang kecut gila sebab dah buat salah.

8. Kalau masih marah... ambillah air sembahyang, tak hilang marah lagi, sembahyang sunat... kalau masih marah lagi... doalah pada Allah! Biar disejukkan hati!

Good Luck ya sayang!


Ibu kongsi

Monday, May 12, 2008

Maafkan Ibu, sayang...

Assalamualaikum anak-anak ibu..

Ibu doakan anak-anak ibu dapat menjawab peperiksaan dengan mudah.. Alhamdulillah.. semuanya sudah pun selesai sekarang ini.

Ibu minta maaf sebab kali ni, ibu tak dapat nak tolong bacakan buku dan tasmik. Ibu akur dengan kehendak Allah. Ibu demam.. memang tak suka baca sendiri kan tapi apa nak buat, badan ibu tak larat. Mungkin Allah nak anak-anak ibu belajar berdikari. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Jangan risau ya.. kalau rajin buat homework, dah baca buku, doa banyak-banyak, selalu hormat guru, dan akhir sekali tawakal, insyaallah Allah akan bantu.

Jalan yang Allah bagi ialah jalan yang terbaik buat kita kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

Ibu juga ambil kesempatan untuk memohon maaf kerana ibu hilang sabar dan marah anak-anak ibu. Tiada niat di hati ibu untuk mengguris perasaan anak-anak ibu, tapi ibu tewas dengan kemarahan diri ibu sendiri.

Ibu dah pun baca A'uzubillaa banyak kali. Tapi rupanya ibu gagal. Maafkan ibu ya.. walau apa pun yang terjadi... ibu nak anak-anak ibu tahu yang ibu memang sayangkan anak-anak ibu. Seelok-eloknya, patuhilah undang-undang yang sedia ada di dalam rumah agar tidak ditegur beberapa kali. Bukan apa, sebagai manusia, kita selalu lupa tapi pada masa yang sama tidak suka ditegur banyak kali.

Jangan ambil mudah apa yang ditegur. Kadang-kadang, kita tak nampak bahaya menunggu peluang. Ingat lagi tak adik Haziq jatuh di tangga dan teruk berdarah di hidung. Masih ingat lagi dahi nurul dijahit doktor kerana terhantuk bucu meja. Masih ingat tak lagi, accident di KLIA?

Sedarlah sayang, semua undang-undang dibuat bukan kerana benci, tapi kerana sayang dan khuatir kalau-kalau tercedera kerana terlalu suka.

Akhir sekali... jangan main kat bilik air tau! Anak ibu dah belajar sains kan? Air sabun boleh mengurangkan geseran, bila tiada geseran, kan lebih senang jatuh! Sebab itulah ibu marah... Tapi sekarang ibu dah tak marah lagi...