Thursday, September 17, 2009

Sedihkan? Puasa Dah Nak Penghujung...

Assalamualaikum anak-anak ibu..

Pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak sampai ke penghujung.. Sedih betul ibu.. Sambil ibu menaip air mata ibu bergenang sebenarnya.. menangisi pemergian ramadhan.

Ibu bersyukur Allah beri ibu peluang sekali lagi menyambut ramadhan. Ibu rasa, inilah ramadhan yang paling bererti bagi ibu. Walaupun ibu hanya sempat berpuasa cuma 15 hari sahaja.. dan terpaksa makan di siang hari kerana takut perut kembung.. ibu rasa gembira sangat dengan ramadhan ni.

Adik Muhammad lahir di hari yang penuh barakah.. sesuai dengan namanya yang mengingatkan kita semua tentang kekasih Allah. Semoga dengan kehadiran adik Muhammad akan menambahkan cinta kita kepada Rasulullah..

Ibu tahu, semua pun sedih ramadhan akan berlalu.. Hilanglah bonus berganda kita.. Buat amal sikit tapi Allah bagi pahala berganda-ganda.. Ibu hanya boleh berdoa dan berzikir sahaja.. Mulanya memang ibu sedih, tapi Allah Maha Adil.. bagi perempuan yang berhadas seperti ibu, cukuplah sekadar berzikir, berdoa dan memperbanyakkan sedeqah..

Kesian ibu tengok semua keletihan.. dahaga.. sampai tertidur-tidur lepas balik sekolah.. tapi apa yang menunggu semuanya pahala dan rahmat Allah. Allah maha mengetahui. Allah tahu siapa yang puasa keranaNya. Bila kita sabar menahan lapar dan dahaga, Allah akan balas setiap keperitan dengan pahala dan rahmatNya..

Kesian juga ibu tengok Irfan yang baru belajar puasa. Terpaksa makan roti sekeping bila terasa lapar, makan menyorok di bilik dan sambung balik puasa. Kadang-kadang terpaksa pulak Naufal tolong adik sambil tahan lapar. Nurul pulak puasa-puasa terpaksa temankan adik ke bilik air. Haziq pulak, tertidur-tidur lepas tadarus sementara nak menunggu pergi ke sekolah.

Tapi itulah keindahan ramadhan.. Allah memberi bonus berganda kepada kita.. Sempat lagi 2 hari untuk kita pohon keampunan, berzikir, bertadarus dan sembahyang tarawikh. Memang penat.. tapi bayangkan di bulan lain pahala kita buat 8 rakaat cuma dapat pahala 8 rakaat tetapi di bulan puasa.. Allah sahaja yang tahu pahala berapa rakaat yang diberi..

Semoga kita mendapat ramadhan yang terbaik tahun ini!

Tuesday, September 8, 2009

Jadual Harian Harian 2010

It's a new timetable.. you guys'd better follow obediently because this year's gonna be different! You guys have very little time to study!

5.00 pagi
mandi, pakai balik baju tidur
sembahyang sunat (taubat dan hajat)

5.15 pagi
sahur

5.40 pagi
bentang sejadah / kemas meja
Salin baju sekolah

6.00 pagi
solat subuh berjemaah
tadarus

6.30 pagi
Naufal baca buku sirah atau PTI

6.45 pagi
Masuk kereta
Hantar Maksu, Hantar ke SERI ABIM


7.00 pagi
Sekolah
Tolong ulangkaji pelajaran setibanya di sekolah
Pergi ke surau untuk ma'thurat atau tadarus..

12.00 tengahari
Irfan balik sekolah / rehat / tidur sekejap

2.00 petang -
solat zohor

2.20 petang
Ambil abang Naufal dan Kakak Nurul dan Abang Haziq dari sekolah

3.00 petang
salin baju sekolah dan kemas baju sekolah / Rehat

4.40 petang
solat Asar sendiri / Aktiviti bebas

5.00 petang
Naufal baca buku SPRA.. tolong buat jadual sendiri dan tick mana yang dah baca!
Nurul dan Haziq ulangkaji
Irfan buat homework

5.45 petang
Matematik

6.00 petang
mandi
TV.. mengikut jadual ibu

7.20 malam
Buka puasa dengan kurma terus solat mahgrib berjemaah
Makan nasi
Kemas meja makan

8.15 malam
Mungkin solat di surau
Bentang sejadah / ambil air sembahyang
Solat Isyak berjemaah
Terawih
Tadarus

9.30 malam
Tidur
Kalau nak sembang sila naik awal 10 minit!!!

Kehadiran Orang Baru


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat illahi.. orang ke-7 dalam family. Memang tak sangka bertambah sorang lagi lelaki.. Semua orang tertunggu-tunggu bila ibu nak balik dari hospital. Yelah.. dua malam tidur di hospital..


Nurul dengan lelaki idamannya.. Sebenarnya Nurul memang nak adik lelaki!


Semua boleh dikatakan penat tapi gembira dengan umat baru!


Proud brother!