Showing posts with label Cerita Tentang Haziq. Show all posts
Showing posts with label Cerita Tentang Haziq. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Haziq Ambil Ujian Darjah 1

Assalamualaikum Haziq!

Wah! 'handsome' betul Haziq pagi tadi ambil ujian kat SERI ABIM. Ibu rasa macam kejap je, Haziq dah pun nak masuk sekolah.. Siap dengan baju sekolah 'purple', dengan duit belanja dan pencil case Ben 10, memang bergaya!

Ibu minta maaf tak tunggu di kelas.. Lagipun ibu percaya, Haziq kan berani! Tadi ramai sangat orang, ibu tak berani nak tunggu kat situ.. Bukan apa, sekarang ni kan H1N1 tengah menular, ibu pula mengandung.. 'high risk!'

Kejap-kejap, Abang Naufal dan Kakak Nurul tengok Haziq buat ujian. Ibu dah tak larat nak berjalan sini-sana. Perut ibu asyik orang langgar je.. Yang peliknya, perut abah pun sama besar dengan perut ibu tapi takde pulak orang nak langgar ek. Agaknya sebab abah tinggi kot!

Kita doa ya Haziq, biar Haziq dapat masuk SERI ABIM. Sekarang dah tak boleh nak asyik nangis je tau.. dah besar..

Thursday, August 13, 2009

La.. sebab itu ya burung botak?

Teringat ibu masa kita pergi Alamanda.. syokkan? Korang kalau pasal berjalan memang nombor 1. Ibu pun suka sebenarnya..

Ibu kalau teringat pasal burung botak tu memang la ibu nak tergelak.. Dah la sebelum tu, masa abah tunjuk kereta Skyline.. Haziq terus cakap "a'ahlah Kailan Ikan Masin"..

Syok-syok tengah makan nampaklah burung botak..

"Tengok, burung tu botak".

Naufal terus tanya,
"Kenapa burung tu botak ibu?".

Abah kata,
"Tanyalah burung tu.. kenapa dia botak".

Ibu pun tanya,
"Burung, burung, kenapa engkau botak?"

Ibu pun teruslah bersembang dengan abah.... Tiba-tiba ibu terdengar,

"Sebab saya nak jadi Mawi"
jawab Naufal..

Ha ha ha ha ha... Tak sangka Naufal pandai baca perasaan burung ek..

Friday, July 3, 2009

Haziq tak Sabar Nak Bersukan

Assalamualaikum Haziq!

Seronok tengok Haziq tak henti-henti berlatih dan bercerita tentang sukan. Siap pom-pom dan ikrar.

Tak lama lagi sukanlah Haziq. 10 hari lagi. Mesti buat latihan betul-betul. Yang paling penting sekali ialah kesihatan yang perlu Haziq jaga. Kan setiap hari buat latihan sukan, jadi mesti minum air masak banyak dan tidur mesti cukup.

Bila baca ikrar nanti, jangan merajuk tau.. Takut cikgu ganti dengan orang lain. Lagipun ibu teringin tengok anak ibu baca ikrar di depan.. Mesti bersemangat.

Bila dah siap pom-pom ibu buat, bolehlah Haziq buat latihan dengan Irfan.. dia pun nak buat macam Abang Haziq. Mesti dia sokong rumah kuning kan?

Ibu doakan biar Haziq sentiasa happy dan cuba untuk menang tahun ini! Jangan lupa beri semangat pada kawan-kawan. Kalah dan menang adat bertanding. Selepas usaha, kita berserah pada Allah kerana Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Good Luck Haziq!

Tuesday, April 15, 2008

25 things i love about you, haziq!

1. Haziq ni positif
2. Haziq mengalah dengan adik walaupun haziq sedih
3. Haziq sayang sangat dengan kakak nurul dan abang naufal
4. Haziq rindu kalau kakak nurul dan abang naufal pergi sekolah
5. Haziq kuat, kalau jatuh pun haziq sabar
6. Haziq suka nyanyi macam-macam lagu
7. Haziq suka cium ibu
8. Haziq suka main-main dengan kawan-kawan
9. Haziq suka kongsi makanan dengan irfan, kakak nurul dan abang naufal. kalau pergi kedai, mesti haziq minta beli lebih untuk makan sama
10. Haziq suka baca qiraati
11. Haziq beritau ibu hari-hari apa yang haziq buat kat sekolah
12. Haziq senyum kalau nampak ibu
13. Haziq ceria walaupun baru bangun tidur
14. Haziq suka kalau ibu masak donut
15. Haziq suka pergi sekolah
16. Haziq baik sangat dengan adik irfan
17. Haziq jaga adik kat sekolah. tolong ambilkan seliper adik
18. Haziq sabar kalau Allah uji
19. Haziq rasa ibu sayang semua sama
20. Haziq cuba tidak "whining" walaupun haziq sebenarnya marah sangat
21. Haziq suka dengan kucing
22. Haziq happy walaupun orang lain sedih dan haziq buat orang happy
23. Haziq ni kelakarlah
24. Haziq suka duduk dekat ibu
25. Haziq mintak dugrow bila ibu buat air panas dan haziq sabar sangat bila ibu lambat buat ! Thank You Haziq!!