Showing posts with label Cerita Tentang Nurul. Show all posts
Showing posts with label Cerita Tentang Nurul. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Cik Nurul oh Cik Nurul!

Wah wah wah! lupa diri nampaknya.. syok ke pergi ke tamrin. Senyap sunyi rumah ni bila nurul tak de. Mesti happy la tu! huh! menyampah.. tapi semua orang rindu kat nurul masa nurul takde.. Bila ibu cakap sunyi.. memang senyap sunyi..

Menitis jugakla air mata ibu masa ibu buat marble cheese cake sebab selalunya nurul la yang selalu minta mixing bowl tu sebelum ibu cuci. er. marble cheese tu orang order hokay!!! bukan saja nak bagi dengki. hehe

Anyway.. memang tak best kalau rumah kita tak lengkap salah sorang.. rasa cam tak syok. Yang kesiannya.. masa nurul takdelah opah, atok ngan bibik datang, masa nurul takde jugaklah maksu datang. Dah la tu.. amik Nurul kat sekolah lambat pulak tu.. okaylah nurul.. chef ibu nak masuk dapur.. nak melayan kek birthday haziq yang hangit tu !!! mencik!!!

Saturday, August 15, 2009

Assalamualaikum si Tukang Tulis List Barang!

Hei Cik Nurul.. Apa tunggu lagi? Cepatlah buat list barang.. Itu dah jadi tanggungjawab Nurul.. Apa yang dah habis.. Nurul yang kena tulis.. Sebab Nurul ni kan tukang sibuk.. teman ibu masak, tukang kupas bawang.. tukang mak nenek, tukang cuci u'uk adik (he he)dan lain-lain lagi..

Tugas rasmi sekarang lagi satu ialah ambil air sejuk untuk ibu.. Ingat tau! Air mesti sejuk dan penuh, jangan pegang kat tempat nak minum.. dan mesti tersengih-sengih sambil tutup _____ (fill in the blanks!) ha ha ha!

Nanti jangan lupa tulis list barang ya... cam tadi kan ibu ada cakap kat abah nak beli toaster.. jangan tanya-tanya lagi tau, terus tulis.. Lagipun Nurul kan selalu dengar abah dan ibu bersembang? Ingat ibu tak tau ke? ha ha ha

Pecah kaca
Pecah gelas
Apa lagi?
Cepatlah balas!

Friday, May 15, 2009

Ibu Minta Maaf, Sian Nurul..

Assalamualaikum Nurul,

ibu rasa ibu taknak balas surat Nurul kat buku surat kita.. Ibu nak balas kat sini sebab nurul kata nak baca blog kita.

Ibu rasa sedih sangat hari ni Nurul. Sebenarnya ibu sedih dari semalam.. ibu marah nurul sebab Nurul pegang penyapu tepi kek ibu. Sebenarnya jauh lagi tapi entahlah nurul kenapa ibu marah sangat. Yang paling sedih sekali bila ibu lupa niat Nurul nak tolong kemas rumah..

Ibu perasan yang Nurul memang selalu kena marah..
Boleh tak ibu tulis kat sini apa yang ibu nak minta maaf kat Nurul.. Kalau Nurul marah dengan ibu pun, ibu faham.. Nanti bila Nurul dah okay.. Nurul maafkan ibu ya..

1. Ibu minta maaf sebab selalu marah Nurul lagi-lagi bila Nurul nak temankan ibu masak atau tolong ibu masak. Sebenarnya, kadang-kadang ibu tak larat nak masak sebenarnya.. bila penat terutama sekali bila ada baby dalam perut ni.. ibu cepat sangat nak marah..

2. Ibu minta maaf sebab kadang-kadang ibu campak Sam dalam bakul.. Ibu tau Nurul sayang sangat dengan Sam tapi kadang-kadang Sam tu suka duduk merata-rata.. Sebenarnya, Sam takde tempat tidur khas. Nanti kita beli bakul, hias cantik-cantik, Nurul boleh letak dalam bakul tu.. Bila ibu ada masa, ibu cari bakul Sam ya..

3. Ibu minta maaf sebab hari tu ibu janji nak buat gelang dengan Nurul tapi dah banyak kali tangguh.. Sebenarnya, masa yang paling sesuai nak buat gelang tu ialah pada hari Sabtu malam Ahad, masa kita tengok cerekarama.. Insyaallah, kalau Nurul boleh ingatkan ibu, kita buat sama-sama ya!

4. Ibu minta maaf sebab lambat balas surat Nurul.. Ibu mengaku.. ibu yang bertangguh.. Sebenarnya, kalau ibu nak tulis satu-satu lambat. Boleh tak Nurul cuba baca tulisan sambung ibu, cepat la sikit ibu boleh balas.

5. Ibu minta maaf sebab tak ajar Nurul matematik dan sains macam ibu ajar Naufal. Insyaallah ibu janji, minggu exam ni, ibu akan teman Nurul baca buku sekurang-kurangnya satu jam satu hari. Boleh?

6. Ibu minta maaf sebab selalu cakap Nurul whining. Mesti Nurul sedih sebab Nurul nak tolong ibu jaga adik tapi Nurul yang kena marah. Sebenarnya, memang salah adik, tapi bila suara Nurul marah tu nyaring.. ibu jadi rimas la pulak. Boleh tak Nurul tolong tegur dengan suara macam Nurul cakap hari-hari.

7. Ibu janji nak cat bilik Nurul cuti tahun lepas. Sebenarnya, hari tu cuti kita banyak ikut abah pergi outstation, lepas tu bulan satu ibu dah mengandung, jadi bahaya kalau buat kerja berat macam tu.. Insyaallah, ibu akan hias bilik Nurul nanti.. Nurul sabar ya..

Lagi banyak ibu minta maaf dengan Nurul, lagi banyak dosa ibu dengan Nurul. Ibu minta maaf dan ampun dengan Nurul ya.. Ibu harap, walaupun begitu, ibu nak Nurul tau yang sebenarnya ibu sayang sangat dengan Nurul. Ibu selalu teringatkan Nurul bila Nurul kat sekolah. Sebenarnya, ibu pun selalu intai masa Nurul main dengan kawan-kawan. Nurul je tak nampak bila.. Ibu nak Nurul ingat juga yang ibu dulu masa kecil-kecil memang perangai sama dengan Nurul. Jadi mungkin sebab itulah ibu selalu marah Nurul.. Ibu sebenarnya marahkan diri sendiri..

Okay ya Nurul
Lain kali ibu tulis lagi.. Ibu nak sambung buat kek.. karang tak terjual pulak. We really need the cash.. Nanti dah dapat duit kek.. ibu belanja Nurul Carlifornia Roll tu ya!

I love you Nurul.. You are the BEST!

Ibu..
15.5.2009
8.58 pagi

Tuesday, April 15, 2008

Waktu Nurul di kandungan ibu

Hi Nurul! Assalamualaikum...

Ibu cuba ingat ya nurul!

Masa ibu mengandungkan nurul, ibu paling suka makan coklat krispies. Abah belikan banyak coklat krispies untuk ibu, ibu makan tak henti-henti... Semua orang tak berani nak makan coklat krispies tu. Nanti ibu belikan ya.. untuk nurul rasa.

Masa ibu mengandungkan nurul, abah kerja di kl, ibu di segamat. Jadi nurullah yang temankan ibu masa abang naufal dan abah tak ada.

Ibu pernah tumpang rumah kawan ibu, auntie shidah, dia pun masa tu mengandung. Dia masakkan laksa untuk ibu sebab ibu teringin sangat. Tapi ibu terpaksa pergi sebab ibu tak tahan bau sabun.

Ibu pernah jalan kaki dari rumah ke sekolah sebab ibu malu nak tumpang orang. Mungkin sebab itulah nurul memang suka berdikari. Nurul berani buat keputusan sendiri.

Ibu suka sangat masa ibu lahirkan nurul. Abang naufal letakkan nurul atas riba. Tersenyum simpul abang naufal bila dapat adik nurul. Ibu ingat lagi pak uda ambil gambar nurul dengan ibu, ibu pakai tudung merah. Rambut nurul tercacak. Masa nurul kecil, badan nurul montel dan comel.

Tapi apa yang paling ibu tak boleh lupa ialah, nurul tak mahu menyusu botol. Kata cikgu nurul, nurul campak botol susu. Nurul tunggu ibu balik dari sekolah. Selalunya ibu akan singgah dan duduk di nurseri sebab nurul dah tak sabar nak tunggu balik rumah.

Orang kata anak perempuan tak pandai menyusu. Memang tak betul apa yang orang cakap tu. Nurul menyusu sampai berat nurul memang naik.

Nurul, nurul ni memang istimewa sebab nurul tak tau pun nurul tu sebenarnya istimewa di mata ibu. Mungkin ibu selalu marah nurul tapi sebenarnya bukan sebab nurul tapi salah ibu yang tak pandai nak sabar dengan nurul. Ibu minta maaf ya! Ibu sayang Nurul!!! Still Friends? Still friends!