Wow Irfan! Ibu rasa best sangat sebab ibu ingatkan Irfan tak pandai cuci loyang tapi memang ibu tabik springla sebab memang Irfan ikhlas nak tolong ibu! Bestkan cuci loyang sambil main hujan! Kih kih kih.. Nasib baik masa abah sampai kita tengah cuci loyang kan? Kalau tidak, kantoi!!! hehe
Thanks ya Irfan (terkejut ibu, masa ibu tengah taip ni Irfan tengah menjerit dan abang Naufal pun menjerit sebab takut kucing tengah bergaduh kat belakang rumah!) haish! Yang paling ibu takut sekali sebab abah tengah tidur!
Alhamdulillah ibu tak kena gigit lipan kan? kalau tak! habis tempat kaki-kaki lipan tu merayap naik gatal-gatal.. dan merah. Agaknya bisa kot ya kaki lipan.
Ibu doakan agar Irfan dipermudahkan urusan dan diberi keimanan yang kental! Amiin.. Ibu sayang Irfan!
Showing posts with label Cerita Tentang Irfan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Tentang Irfan. Show all posts
Friday, April 22, 2011
Monday, February 22, 2010
Isy Irfan ni!
Ibu tengah sibuk nak menulis, tiba-tiba ibu nampak tangan Irfan hitam sebab main marker. Ibu tanya, "Irfan main marker ya?", terus Irfan jawab "taklah". Ibu memang marah betul kalau orang cakap bohong. "Cakap bohong ya?", "Eh, Irfan main benda hitam tu, ibu nampak ya?". "Irfan jangan cakap bohong, kat akhirat nanti siapa yang cakap bohong, Allah potong lidah dia". Muka memang cuak ibu tengok tapi terkedu jugakla dengar apa Irfan cakap selepas tu, "Hidung, Allah potong tak?".. Isy budak ni!
Saturday, February 13, 2010
Ibu Memang Selalu Lebihkan Irfan!
Memang betul pun, ibu selalu lebihkan Irfan tapi sebabnya senang.. Irfan selalu lebihkan ibu. Yang pali best sekali, bila orang sibuk-sibuk main kat luar, mesti Irfan datang cium ibu, lepas tu Irfan sambung main. Bila makan, mesti Irfan pelawa ibu makan.
Setiap pagi, kalau jaga, mesti Irfan cari ibu, kalau ibu tak ada, mesti Irfan nangis. Selalu Irfan teman ibu kan, kalau ibu tengok tv. Kalau ibu tengah lipat kain, mesti Irfan tolong. Irfan selalu temankan ibu lipat kain sambil beritau siapa punya baju.
Ibu pun lebihkan Irfan macam mana Irfan lebihkan ibu! Sayang Irfan!
Monday, July 28, 2008
25 Things I love about you, Irfan!

25 things i love about u, irfan.
1. You love me more than anything
2. You lick durian off my fingers (nobody does this except me)
3. Irfan suka peluk ibu
4. The first word that comes from your lips when u wake up is ibu
5. Irfan suka cium ibu
6. Bila ibu penat,irfan suka cakap "sian ibu"
7. selalunya irfan cakap " sayang ibu " dan kiss ibu
8. Kita ni macam bercinta pulak...
9. Irfan bagitau bila irfan nak salin diapers
10. Irfan suka cakap "ibu, irfan nak ibu"
11. Irfan suka kongsi air ibu
12. Irfan marah kalau orang peluk ibu.. itu tandanya sayang, sayang!
13. Irfan ada sensor, kalau ibu jauh saja, irfan nangis!
14. Irfan suka gosok gigi dengan ibu
15. Irfan sayang cikgu
16. Irfan suka hirup sup walaupun tak ada isi
17. Kalau keluar makan, irfan dah boleh duduk atas kerusi sendiri
18. Irfan masih nak menyusu walaupun dan 2 tahun 1/2
19. Irfan suka nyani tepuk amai-amai dengan mr. rabbit
20. Irfan senyum walaupun ibu tau irfan sedih tinggalkan ibu masa pergi sekolah
21. Irfan dah pandai cakap sekarang
22. Irfan suka ajuk kalau ibu cakap bahasa inggeris
23. Irfan sayang dengan abang naufal, kakak nurul dan abang haziq
24. Irfan suka main bola dan suka jadi goalkeeper
25. Ifran suka ibu tolak skooter bila ibu main kasut roda
Subscribe to:
Posts (Atom)