Friday, August 21, 2009

Wah! Happynya Irfan Ibu Masak Puding Roti!


Ibu suka tengok gambar ni.. Selalu kalau ibu masak, Irfan lah yang paling banyak sekali makan.. tapi kena suap dulu dalam mulut baru rasa ... kalau tak, mesti irfan takut nak cuba kan..

Ibu tau, irfan paling suka makan nasi dengan sup, dan bubur! Nanti ibu masak yang sedap-sedap untuk irfan ya! I love you, irfan! sebab irfan ni BEST SANGAT!

Wah! Banyaknya Surat Cinta!

Ibu was cleaning the clutter all the paper that I have kept for a loonnngg time.. Guess what.. as I was clearing up, I could see many many love notes from you guys..

Ada yang tulis korang sayang ibu, rindu ibu, ada jugak yang tulis Selamat Hari Ibu dan macam-macam lagi.. Thank you ya! Nanti ibu kutip semua, letak setempat dan tampal dalam satu buku..

Yang paling banyak sekali tulis tentulah Cik Nurul.. I know that all of you have different ways of saying I love You to me..

Naufal..
Naufal suka teman ibu masak dan bersembang dengan ibu masa ibu tengah masak..
Naufal suka say I love you, bila ibu tengah kemas meja merah.. ibu, I love you (nanti ibu jawab .. 2)
Naufal suka rasa masakan ibu.. kalau dah bau tentu Naufal masuk dapur.. ibu tau.. Naufal paling suka kalau ibu masak.. walaupun sebenarnya tak sedap mana pun.. he he

Nurul..
Nurul suka tulis nota-nota kecil dan selitkan kat handbag ibu,
Nurul suka lukis gambar ibu.. Ibu ada simpan Nurul lukis gambar ibu masa ibu tak sihat, ingatkan ibu suruh makan ubat.
Nurul suka tulis surat pada ibu..
Nurul suka kalau ibu yang kejutkan Nurul bangun pagi

Haziq..
Haziq suka kalau Haziq jumpa ibu kat sekolah.. (walaupun Haziq kena panggil ibu teacher)
Haziq suka tengok muka ibu kalau Haziq bangun pagi dan baru lepas mandi
Haziq suka kalau weekends ibu turun lambat, haziq mesti senyum pada ibu dulu
Haziq suka cium ibu masa ibu tengah penat.. hilang penat ibu

Irfan..
Irfan suka tidur dengan ibu.. Irfan selalu cakap Irfan sayang dengan ibu, saaayaaang sangat!
Irfan suka kalau bangun tidur, ibu ada kat sebelah.. ibu tau Irfan rindu kalau ibu tak ada. Pernah irfan cari ibu pukul 3 pagi kat bawah, Irfan tak tau ibu ada kat atas.
Irfan kalau main kat luar, mesti Irfan masuk, cakap Irfan sayang kat ibu! Lepas tu Irfan main balik.. kalau dekat swimming pool pun sama..


Ibu ucap terima kasih sangat sebab anak-anak ibu sayang dengan ibu.. Ibu juga sayang dengan anak-anak ibu. Walaupun nampak macam ibu garang.. ibu selalu masak masakan favourite anak-anak ibu.. ibu selalu intai Naufal, Nurul, Haziq, dan Irfan masa tidur, ibu jugak selalu intai masa anak-anak ibu main petang-petang..

Ibu sebenarnya happy kalau sekali-sekala, ibu kemaskan bilik.. biar anak-anak ibu rasa selesa.. dan yang paling penting.. ibu selalu doakan agar anak-anak dapat ramai kawan dan berjaya dalam apa yang anak-anak ibu suka buat..

Ibu sayang semua!

Saturday, August 15, 2009

Assalamualaikum si Tukang Tulis List Barang!

Hei Cik Nurul.. Apa tunggu lagi? Cepatlah buat list barang.. Itu dah jadi tanggungjawab Nurul.. Apa yang dah habis.. Nurul yang kena tulis.. Sebab Nurul ni kan tukang sibuk.. teman ibu masak, tukang kupas bawang.. tukang mak nenek, tukang cuci u'uk adik (he he)dan lain-lain lagi..

Tugas rasmi sekarang lagi satu ialah ambil air sejuk untuk ibu.. Ingat tau! Air mesti sejuk dan penuh, jangan pegang kat tempat nak minum.. dan mesti tersengih-sengih sambil tutup _____ (fill in the blanks!) ha ha ha!

Nanti jangan lupa tulis list barang ya... cam tadi kan ibu ada cakap kat abah nak beli toaster.. jangan tanya-tanya lagi tau, terus tulis.. Lagipun Nurul kan selalu dengar abah dan ibu bersembang? Ingat ibu tak tau ke? ha ha ha

Pecah kaca
Pecah gelas
Apa lagi?
Cepatlah balas!

Haziq Ambil Ujian Darjah 1

Assalamualaikum Haziq!

Wah! 'handsome' betul Haziq pagi tadi ambil ujian kat SERI ABIM. Ibu rasa macam kejap je, Haziq dah pun nak masuk sekolah.. Siap dengan baju sekolah 'purple', dengan duit belanja dan pencil case Ben 10, memang bergaya!

Ibu minta maaf tak tunggu di kelas.. Lagipun ibu percaya, Haziq kan berani! Tadi ramai sangat orang, ibu tak berani nak tunggu kat situ.. Bukan apa, sekarang ni kan H1N1 tengah menular, ibu pula mengandung.. 'high risk!'

Kejap-kejap, Abang Naufal dan Kakak Nurul tengok Haziq buat ujian. Ibu dah tak larat nak berjalan sini-sana. Perut ibu asyik orang langgar je.. Yang peliknya, perut abah pun sama besar dengan perut ibu tapi takde pulak orang nak langgar ek. Agaknya sebab abah tinggi kot!

Kita doa ya Haziq, biar Haziq dapat masuk SERI ABIM. Sekarang dah tak boleh nak asyik nangis je tau.. dah besar..

Oh! Tengok 'Ayat-ayat Cinta' ya?

Assalamualaikum anak-anak ibu..

Sekarang ni anak-anak ibu tengah tengok 'Ayat-ayat Cinta'. Ibu bukan tak mahu teman.. tapi kalau baca ambil masa berhari-hari, tengok dalam masa 2 jam tu memang banyak adegan yang kena potong..

Nanti bila dah boleh faham sikit, baiklah korang baca buku dia ya!

Happy watching!

Friday, August 14, 2009

Good Team Work, Guys!

Alhamdulillah.. kita tidur lewat semalam.. Sebenarnya ibu tau, semua orang dah penat tapi ibu tetap suruh itu ini. But then, it was great to have a better living room upstairs. The best thing was the fact that we did it together! Even Irfan helped us arranging the books! And, yes, you guys are going to get your ice cream.. Mostly, my part was babbling. Mesti korang runsing ibu membebel kan?

Anyway, we should really try to maintain the cleanliness upstairs.. Insyaallah, if we work together, our house can really be tidy. Teringin ibu nak rasa selesa di rumah sendiri.. bau wangi.. tapi sekarang ni memang ibu tak larat sebenarnya.. ye lah, dalam masa beberapa minggu lagi, ibu dah nak bersalin.

Apa-apa pun, ibu ucapkan terima kasih pada anak-anak ibu sebab korang sabar sangat melayan 'temper' ibu masa ibu mengandung ni.. Ibu pun dah rindu dengan diri ibu yang sebenarnya.. Main kasut roda dengan korang, pergi playground di Bangi, pergi swimming pool ajar korang berenang, dan yang paling best sekali bila kita baca buku sama-sama sebelum tidur.. Best kan!

Ibu minta maaf sebab jadi macam 'monster mom'! Sebenarnya korang ni anak-anak yang baik sangat. Tapi ibu tau semua orang bosan sebab ibu dah tak macam dulu. Sama-sama kita berdoa ya, supaya kandungan ibu selamat, ibu selamat melahirkan dan baby kita sihat. Cepat habis pantang, cepat kita boleh enjoy!

Ibu doakan pulak anak-anak ibu happy dan ceria selalu!

Assalamualaikum..

Thursday, August 13, 2009

La.. sebab itu ya burung botak?

Teringat ibu masa kita pergi Alamanda.. syokkan? Korang kalau pasal berjalan memang nombor 1. Ibu pun suka sebenarnya..

Ibu kalau teringat pasal burung botak tu memang la ibu nak tergelak.. Dah la sebelum tu, masa abah tunjuk kereta Skyline.. Haziq terus cakap "a'ahlah Kailan Ikan Masin"..

Syok-syok tengah makan nampaklah burung botak..

"Tengok, burung tu botak".

Naufal terus tanya,
"Kenapa burung tu botak ibu?".

Abah kata,
"Tanyalah burung tu.. kenapa dia botak".

Ibu pun tanya,
"Burung, burung, kenapa engkau botak?"

Ibu pun teruslah bersembang dengan abah.... Tiba-tiba ibu terdengar,

"Sebab saya nak jadi Mawi"
jawab Naufal..

Ha ha ha ha ha... Tak sangka Naufal pandai baca perasaan burung ek..

Wednesday, August 12, 2009

Exam Blues Again!

Can't believe it's already test week.. Ibu perasan korang macam malas je nak study.. Lengah sana, lengah sini. Sebenarnya ibu dah membebel dari minggu lepas.. tapi nampak gayanya macam semua buat tak tau je..

Agak-agaknya sebab ujian je kot. Tapi rugilah kalau tak belajar untuk ujian. Sebab kalau dah revise masa ujian, taklah teruk sangat nak baca untuk peperiksaan akhir tahun nanti.

Lagipun masa korang exam akhir tahun, mesti ibu dalam pantang.

Memang boring sekarang ni.. tak boleh nak keluar rumah sangat sebab H1N1, tak boleh tengok tv sangat sebab kena study.. tapi korang tak study dan tak baca buku. Kan rugi gitu?

Selalu memang kita akan lupa diri, tapi bila dapat result, kita yang rasa tension sebab tak dapat apa yang ingin kita capai. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Tak mungkin ada mesin masa yang akan bawa kita kembali ke waktu sebelum ujian.

Ibu harap anak-anak ibu buat macam apa yang ibu pesan. Read before lesson, focus during lesson, revise after lesson. Insyaallah, kita tak perlu study teruk sangat masa exam.. Seperti biasa.. apa yang kita buat sekarang akan lekat sampai ke tua.. Jika kita dah biasa dengan tabiat yang baik, insyaallah sampai ke tua.. tabiat tu akan melekat. It takes 2 weeks to change your habit but then remember, old habits die hard! Susah nak ubah kalau tabiat dah melekat dalam diri kita.

All the best ibu ucapkan buat korang! Jangan lupa study tau!