Saturday, March 20, 2010

Perasaanku (by naufal)

aku mohd adly naufal. 11 tahun. aku nak cita pasal perasaan. aku setiap hari happy,stress dan macam-macam lagi. aku happy sebab kadang-kadang ibu bawak keluar gi jalan-jalan. patu boleh main game,main bola. yang paling best skali kalau ibu masak makan tengahari. semua sedap-sedap. yang paling sedap nasi goreng kampung ibu.kadang-kadang aku stress aku mintak ibu nak main bola dekat padang.aku stress sebab aku tension dengan adik-adik aku,bukan apa aku tidur sebilik dengan diorang.diorang tak kemas katillah apalah macam macamlah diorang buat.lama-lama aku putus asa, ha dont try this at home. tapi aku sedar ni ujian dari Allah. tapi takpelah nanti aku ubah sikap. tapi ibu aku pandai hilangkan stress, dia ajak sembanglah dia ajak mainlah. thank you ibu.ibu aku ni baik.baik sangat.tq ibu. i love you so much. sampai sini sajelah aku dah letih ni.bye2.

Monday, February 22, 2010

Isy Irfan ni!

Ibu tengah sibuk nak menulis, tiba-tiba ibu nampak tangan Irfan hitam sebab main marker. Ibu tanya, "Irfan main marker ya?", terus Irfan jawab "taklah". Ibu memang marah betul kalau orang cakap bohong. "Cakap bohong ya?", "Eh, Irfan main benda hitam tu, ibu nampak ya?". "Irfan jangan cakap bohong, kat akhirat nanti siapa yang cakap bohong, Allah potong lidah dia". Muka memang cuak ibu tengok tapi terkedu jugakla dengar apa Irfan cakap selepas tu, "Hidung, Allah potong tak?".. Isy budak ni!

Saturday, February 13, 2010

Ibu Memang Selalu Lebihkan Irfan!


Memang betul pun, ibu selalu lebihkan Irfan tapi sebabnya senang.. Irfan selalu lebihkan ibu. Yang pali best sekali, bila orang sibuk-sibuk main kat luar, mesti Irfan datang cium ibu, lepas tu Irfan sambung main. Bila makan, mesti Irfan pelawa ibu makan.


Setiap pagi, kalau jaga, mesti Irfan cari ibu, kalau ibu tak ada, mesti Irfan nangis. Selalu Irfan teman ibu kan, kalau ibu tengok tv. Kalau ibu tengah lipat kain, mesti Irfan tolong. Irfan selalu temankan ibu lipat kain sambil beritau siapa punya baju.


Ibu pun lebihkan Irfan macam mana Irfan lebihkan ibu! Sayang Irfan!