Friday, April 18, 2008

Favourite Cakes

Guys! Our favourite cake so far!

1. Oreo Cheese Cake
2. Moist Choc Cake
3. Carrot Cake with Cheese Topping
4. Orange Butter Cake
5. Marble Cheese Cake
6. Golden Cheese Cake
7. American Chocolate Cake
8. Coffee Cheese Cake
8. Date Cake


Future Cakes to be tested!

1. Lime cake
2. Lemon Drizzle Cake
3. Chocolate Mousse
4. Banana choc cake
5. Chocolate Walnut Cake

Tuesday, April 15, 2008

Masa ibu mengandungkan naufal

Assalamualaikum Naufal!

Wah naufal dah 9 tahun sekarang. Sedih rasa ibu sebab rasa macam naufal ni baru lahir semalam. Ibu masih terbayang-bayang kali pertama ibu mengandung.

Memang badan ibu lesu sangat. Tak larat nak angkat tangan pun. Opah taiping dah syak sesuatu, dia asyik tanya, rasa macam mana.. Ibu pun tak tau nak cakap macam mana..

Memang risau, ibu tengah jalan satu hari di jalan TAR, tiba-tiba ibu bau hanyir jalan macam bau ikan. Masa ibu balik kampung, ibu penat macam baru berjalan jauh. Bila ibu pergi klinik, rupanya ibu mengandung. Alhamdulillah.. ibu bersyukur..

Banyak sangat perkara baru yang ibu rasakan. Ibu tak boleh makan pedas langsung, tak boleh bau orang masak, tak boleh minum air milo, tak boleh minum air lai ci kang (2 kali ibu minum, muntah terus!), Mc donald's pun tak boleh pergi. Kata orang jangan ikutkan hati, tapi abah faham ibu.. Alhamdulillah...

Masa ibu lahirkan naufal, ibu takut sangat sebab kali pertama melahirkan. Ibu sembahyang hajat agar semuanya selamat. Alhamdulillah berkat doa semua, naufal selamat dilahirkan. Jururawat letak naufal atas dada ibu, mata naufal terus tengok ibu, terus naufal menangis bila jururawat angkat naufal.

Ibu tak pandailah angkat baby, jadi abahlah yang mandikan naufal masa naufal kecil. Lama-lama barulah ibu berani. Opah taiping dan opah kl jaga naufal nak dekat 2 minggu. Semua gembira kerana dapat cucu baru.

Ibu bersyukur, naufal, kerana dapat anak macam naufal...

Waktu Nurul di kandungan ibu

Hi Nurul! Assalamualaikum...

Ibu cuba ingat ya nurul!

Masa ibu mengandungkan nurul, ibu paling suka makan coklat krispies. Abah belikan banyak coklat krispies untuk ibu, ibu makan tak henti-henti... Semua orang tak berani nak makan coklat krispies tu. Nanti ibu belikan ya.. untuk nurul rasa.

Masa ibu mengandungkan nurul, abah kerja di kl, ibu di segamat. Jadi nurullah yang temankan ibu masa abang naufal dan abah tak ada.

Ibu pernah tumpang rumah kawan ibu, auntie shidah, dia pun masa tu mengandung. Dia masakkan laksa untuk ibu sebab ibu teringin sangat. Tapi ibu terpaksa pergi sebab ibu tak tahan bau sabun.

Ibu pernah jalan kaki dari rumah ke sekolah sebab ibu malu nak tumpang orang. Mungkin sebab itulah nurul memang suka berdikari. Nurul berani buat keputusan sendiri.

Ibu suka sangat masa ibu lahirkan nurul. Abang naufal letakkan nurul atas riba. Tersenyum simpul abang naufal bila dapat adik nurul. Ibu ingat lagi pak uda ambil gambar nurul dengan ibu, ibu pakai tudung merah. Rambut nurul tercacak. Masa nurul kecil, badan nurul montel dan comel.

Tapi apa yang paling ibu tak boleh lupa ialah, nurul tak mahu menyusu botol. Kata cikgu nurul, nurul campak botol susu. Nurul tunggu ibu balik dari sekolah. Selalunya ibu akan singgah dan duduk di nurseri sebab nurul dah tak sabar nak tunggu balik rumah.

Orang kata anak perempuan tak pandai menyusu. Memang tak betul apa yang orang cakap tu. Nurul menyusu sampai berat nurul memang naik.

Nurul, nurul ni memang istimewa sebab nurul tak tau pun nurul tu sebenarnya istimewa di mata ibu. Mungkin ibu selalu marah nurul tapi sebenarnya bukan sebab nurul tapi salah ibu yang tak pandai nak sabar dengan nurul. Ibu minta maaf ya! Ibu sayang Nurul!!! Still Friends? Still friends!

25 things i love about you, haziq!

1. Haziq ni positif
2. Haziq mengalah dengan adik walaupun haziq sedih
3. Haziq sayang sangat dengan kakak nurul dan abang naufal
4. Haziq rindu kalau kakak nurul dan abang naufal pergi sekolah
5. Haziq kuat, kalau jatuh pun haziq sabar
6. Haziq suka nyanyi macam-macam lagu
7. Haziq suka cium ibu
8. Haziq suka main-main dengan kawan-kawan
9. Haziq suka kongsi makanan dengan irfan, kakak nurul dan abang naufal. kalau pergi kedai, mesti haziq minta beli lebih untuk makan sama
10. Haziq suka baca qiraati
11. Haziq beritau ibu hari-hari apa yang haziq buat kat sekolah
12. Haziq senyum kalau nampak ibu
13. Haziq ceria walaupun baru bangun tidur
14. Haziq suka kalau ibu masak donut
15. Haziq suka pergi sekolah
16. Haziq baik sangat dengan adik irfan
17. Haziq jaga adik kat sekolah. tolong ambilkan seliper adik
18. Haziq sabar kalau Allah uji
19. Haziq rasa ibu sayang semua sama
20. Haziq cuba tidak "whining" walaupun haziq sebenarnya marah sangat
21. Haziq suka dengan kucing
22. Haziq happy walaupun orang lain sedih dan haziq buat orang happy
23. Haziq ni kelakarlah
24. Haziq suka duduk dekat ibu
25. Haziq mintak dugrow bila ibu buat air panas dan haziq sabar sangat bila ibu lambat buat ! Thank You Haziq!!

25 things i love about you, naufal!

1. Naufal sebenarnya memang sabar dengan adik-adik
2. Naufal suka kalau ibu masak
3. Naufal suka tolong kemas rumah kalau tengok ibu penat
4. Naufal sebenarnya suka ibu cium dan dukung naufal
5. Naufal selalu tanya kalau tak faham
6. Naufal memang selalu kaji kesalahan dan cuba perbaiki
7. Naufal cium ibu untuk hilangkan penat ibu
8. Naufal buat kerja tak pernah bertangguh
9. Naufal selalu tolong ajar Nurul kemas buku ikut jadual
10. Naufal mengalah dengan ibu kalau ibu nak tengok cerita ibu (walaupun sebenarnya ibu yang patut mengalah)
11. Naufal ni kreatif sangat! Suka buat "art attack"
12. Naufal selalu fikir sebelum minta apa-apa, takut ibu tak cukup duit
13. Naufal selalu layan adik-adik
14. Naufal hormat dengan cikgu dan orang tua
15. Naufal tolong hidang makan
16. Naufal suka tolong siapkan breakfast untuk adik-adik
17. Naufal tak cepat mengalah
18. Naufal cepat-cepat fikir positif walau pun mula-mula Naufal terfikir yang negatif
19. Naufal suka kongsi makanan dengan kawan-kawan
20. Naufal suka baca buku
21. Naufal suka main basikal tapi masih sempat tengokkan adik
22. Naufal rasa ibu ni cantik walaupun sebenarnya ibu ni taklah cantik
23. Naufal anak yang baikkkkk!!!
24. Naufal minta maaf kalau Naufal tak suka apa yang ibu masak
25. Naufal ni cooomeeeellll sangat!!!