Tuesday, April 15, 2008

Waktu Nurul di kandungan ibu

Hi Nurul! Assalamualaikum...

Ibu cuba ingat ya nurul!

Masa ibu mengandungkan nurul, ibu paling suka makan coklat krispies. Abah belikan banyak coklat krispies untuk ibu, ibu makan tak henti-henti... Semua orang tak berani nak makan coklat krispies tu. Nanti ibu belikan ya.. untuk nurul rasa.

Masa ibu mengandungkan nurul, abah kerja di kl, ibu di segamat. Jadi nurullah yang temankan ibu masa abang naufal dan abah tak ada.

Ibu pernah tumpang rumah kawan ibu, auntie shidah, dia pun masa tu mengandung. Dia masakkan laksa untuk ibu sebab ibu teringin sangat. Tapi ibu terpaksa pergi sebab ibu tak tahan bau sabun.

Ibu pernah jalan kaki dari rumah ke sekolah sebab ibu malu nak tumpang orang. Mungkin sebab itulah nurul memang suka berdikari. Nurul berani buat keputusan sendiri.

Ibu suka sangat masa ibu lahirkan nurul. Abang naufal letakkan nurul atas riba. Tersenyum simpul abang naufal bila dapat adik nurul. Ibu ingat lagi pak uda ambil gambar nurul dengan ibu, ibu pakai tudung merah. Rambut nurul tercacak. Masa nurul kecil, badan nurul montel dan comel.

Tapi apa yang paling ibu tak boleh lupa ialah, nurul tak mahu menyusu botol. Kata cikgu nurul, nurul campak botol susu. Nurul tunggu ibu balik dari sekolah. Selalunya ibu akan singgah dan duduk di nurseri sebab nurul dah tak sabar nak tunggu balik rumah.

Orang kata anak perempuan tak pandai menyusu. Memang tak betul apa yang orang cakap tu. Nurul menyusu sampai berat nurul memang naik.

Nurul, nurul ni memang istimewa sebab nurul tak tau pun nurul tu sebenarnya istimewa di mata ibu. Mungkin ibu selalu marah nurul tapi sebenarnya bukan sebab nurul tapi salah ibu yang tak pandai nak sabar dengan nurul. Ibu minta maaf ya! Ibu sayang Nurul!!! Still Friends? Still friends!

No comments:

Post a Comment