Friday, June 17, 2016
Ya Allah, Peliharalah Hati ini Dari Hasad Dengki.. Astaghfirullahal'adziim...
Perasan tak? Bila kita dok scroll facebook, kita boleh rasa happy sangat bila tengok newsfeed.. Tak kisah lah orang tu gi Paris ke, Palestin ke, beli rumah baru ke, dapat gelang emas ke, suami wefie ke.. Tapi tiba-tiba si polan si polan bercerita, macam-macam rasa, meluat, mencik, meluap-luap dan rasa sakit hati sampai log out terus facebook.. haaaaa!! itulah tanda ada bibit-bibit sakit hati..
Ni bukan rekaan tauu.. betul-betul! Alkisah membaca seorang chef yang sangat sentiasa bermurah hati berkongsi resepi. Siap bertapa untuk buat resepi baru untuk dikongsi. Sungguh morni hati chef tersebut. Tiba-tiba perasan, komen chef ni sepesen yang berbunyi seolah-olah Lihat lah doniaaaa!! Ku berjaya walaupun kau dulu kedekut ilmu dengan aku. Tak tahulah apa yang terjadi sebenarnya, tapi bahasanya agak membuka pekung tentang kisah-kisahnya yang lalu.
Berbalik dengan kisahku sendiri. Memang ku sentiasa happy dengan kegembiraan orang lain, namun ada beberapa insan yang agak ku tak boleh nak gembirakan hati yang kecil ni. Bila dikorek-korek, memang orang yang tak boleh ku gembirakan hati ni, ada 'history' pada suatu jaman dahulu. Dan selalunya kenangan itu kurang manis. Sama ada hati pernah dikecilkan atau ku yang mengecilkan hati sendiri.
Sejujurnya, memang ku benci dengan perasaan itu, namun agak sukar untuk dikawal perasaan yang tidak diundang itu. Dipendekkan cerita, kalau dulu, ku 'unfriend' saja. Tapi sekarang, ku cuba melawan perasaan itu dengan mendoakan yang baik-baik saja dan berdoa agar Allah melembutkan hati ni.
Memang dalam isu yang macam ni, tiada siapa yang salah. Soal hati memang susah untuk dikawal melainkan iman yang menepis segalanya. Yelah kan.. namanya pun soal hati. Okaylah! Kalau ada rasa macam tu.. cepat-cepatlah cuba untuk menepisnya. Hati yang sakit ni lama-lama makin parah kalau tak diubati. Tepuk iman, tepuk hati, jangan sampai mati hahahaha..
Chow bebeh!
Monday, June 13, 2016
Alone Ramadhan
Anak-anak ibu,
Ibu tau anak-anak itu anugerah Allah. Ibu tiada hak ke atas kalian. Satu hari nanti, anak-anak ibu akan ada keluarga sendiri, menjalani kehidupan sendiri. Ibu akur pada tetuan ilahi, anak itu satu amanah.
Ibu syukur dapat anak-anak yang sangat menyayangi ibu dan merindui ibu semasa kita berjauhan. Sebagai ibu, ada kalanya ibu dapat rasakan kerinduan itu bukan dari ibu seorang. Alhamdulillah..
Semoga pengorbanan kita membuahkan hasil di akhirat nanti. Ingatlah, apa juga yang kita lakukan di sini hanyalah bersifat sementara. Yang penting, insyaallah kita akan berkumpul di sana selama-lamanya aamiin..
Saturday, May 21, 2016
A Happy Mom Raises Happy Children
Memang sepatutnya blog nilah menjadi blog utama ibu kan? Maybe it's not too late to start. Life if just too short, we should never waste time regretting our mistakes. The most important is to forgive and to move on.
Anyway, this is what I discover.. A Happy Mom Raises Happy Children.
Memandangkan anak-anak ibu majoritinya lelaki, maknanya kenalah pandai bagi isteri happy.
Macam mana nak bagi isteri happy?
Kenalah tahu tanggungjawab antara isteri dan suami.
Bila masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing, barulah kita akan jalankan tanggungjawab kita.
Tapi kita kena ingat, walaupun tanggungjawab masing-masing ada, kita kena tolak ansur kerana kita sentiasa akan diuji. Suami isteri kena saling bantu membantu tanggungjawab each other.
Anyway.. just remember, it is the duty of the every person to make the best of everything and be happy so you can have a happy family.
Well, that's what we have been trying to do and we hope and pray that Allah will grant us happiness fiddunya and jannah..
Friday, January 15, 2016
Alone.. and Empty
I always thought 2016 is gonna be the point when our live will change.
The turning point..
The wake up call..
The time..
But I never thought it's gonna be empty..
Going home to an empty home.. it feels really empty..
Finally.. the time that I need is here.. but somehow there's a big chunk missing in my heart..
Just remember..
this is our jihad..
we will be debt free.. soon..
pray.. move on.. fight.. and survive...
Wednesday, July 15, 2015
Imam Muda Naufal (dan penyokongnya)
Am just sharing my happiness.. Hari ni insyaalah hari pertama Naufal mengimamkan Surau Public. Yelah kan.. Naufal dah imamkan terawikh masa abah kena gout attack pun ibu dah rasa melayang-layang. Memang ibu tengah uzur, Naufal dan Nurul buat pertama kalinya bermalam di rumah Opah KL semata-mata melepaskan hajat Atok untuk melihat Naufal mengimamkan surau Taman Jasa. Semoga Allah akan melepaskan hajat kalian berdua atas keikhlasan melayan permintaan atok.
Walaupun ibu sedih sebab ibu tak dapat bersama-sama di sana.. ibu syukur Allah beri kekuatan untuk anak-anak ibu untuk hadapi apa saja.
Insyaallah, ibu nekad, mulanya detik ini, ibu akan jadi professional blogger.. starting from here. Doakan ibu agar diberi kekuatan olehNya, mencatat memori keluarga kita. Alhamdulillah.. ibu syukur dapat family yang sangat rapat dengan one another. Semoga Allah bahagiakan kita dunia akhirat dan bersama-sama di syurga tertinggi, sambil minum air dari telaga Al Kauthar.. Aamiin..
Sayang korang! Muaks!
Wednesday, March 26, 2014
Pak Uda Pergi Umrah
Wow! Ramainya anak ibu! sampai 8 orang. Tapi best sebenarnya kan. Ibu dah lama plan nak buat craft tapi asyikbtangguh sebab tak disiplin. Betul tak ibu cakap susah kalau tak disiplin.
Alhamdulillah tahun ni memang tahun hijrah baru kita. Insyaallah lebih kurang 2 tahun lepas kita hijrah hati. 2 tahun baru nampak kesannya. Tapi hujung tahun lepas masa Nurul ambil keputusan UPSR, kita diduga dan ibu tewas. Awal tahun ni, ibu nekad untuk berhijrah hati kembali (berbalik kepada yang asal) dan tahun ni hijrah kita "It's all about P.R.I.O.R.I.T.Y".
Kenapa ibu hijrah hati kembali. Mungkin ibu terlalu mengikut perasaan, lupa pula soal hati. Tapi bila ibu rasa betapa peritnya kalau sakit hari.. ibu rasa ibu perlu hijrah hati, lebih keras dari 2 tahun lepas.
Pada ketika itulah ibu dapat rasakan yang hidup ibu bagaikan 'in a circle'. Seolah-olah kembali kepada 'where I started before again and again'. Ibu pernah mengalaminya dulu. Sama juga dengan kejayaan yang dulu-dulu. Little Bakers, NinazCakes. Ibu istighfar dan minta ampun. Ibu terpaksa,'hide' atau 'unfriend' orang yang membuatkan ibu terasa macam sakit hati atau iri hati.
Oh! ibu cerita tentang hijrah baru kita ya! It's all about P.R.I.O.R.I.T.Y. Tapi dalam entri lainlah ya.. sebab ibu nak masak breakfast sebab Naufal nak balik dah hari ni huaaaaaaa
Sunday, June 23, 2013
Mencari Semangat yang Hilang
Sudah lama ibu tidak menulis untuk anak-anak ibu. Sudah lama juga ibu rasa ibu tidak betul-betul beri masa untuk jadi ibu yang baik.
Malam ni, sebenarnya ibu sangat sedih. Penat dan letih mengenangkan semangat yang semakin hari semakin hilang. Letih dan lesu dek kerja yang tak pernah habis. Minda yang penat memikirkan mana kerja yang perlu dilakukan. Seolah-olah berkejar ke sana ke sini namun tiada hasil.
Disiplin. Perkataan itulah yang memberi kelemahan dan kekuatan pada ibu. Ibu akui.. memang ibu tidak berdisiplin membuat apa-apa pekerjaan pun. Ibu kesal sebab ibu tidak mampu mendisiplinkan diri sendiri. Apatah lagi mendisiplinkan anak-anak ibu.
Semangat yang semakin hilang memang telah banyak kali ibu cuba kuatkan dan ibu tahu kekuatan ibu terletak pada anak-anak ibu. Bila ibu fikirkan tentang nasib anak-anak, ibu terasa seolah-olah kekuatan datang semula.
Namun setiap kali, anak-anak ibu tidak menghargai apa yang ibu lakukan dan seolah-olah buat tidak nampak, ibu lemah semula.
Ibu telah pun cuba untuk mencuba menjadi ibu yang terbaik namun mungkin ibu tidak pun cuba sebenarnya untuk menjadi ibu yang terbaik. Kadang-kadang, kita tidak tahu bagaimana kita akan diuji. Oleh sebab itulah kita harus kuat semangat dan cuba untuk tidak berputus asa.
Kadang-kadang jika kita fikirkan tentang orang yang mengharapkan kita, mungkin semangat akan datang. Sudah banyak kali juga ibu cuba kuatkan semangat tetapi pada hakikatnya, ibu sendiri tidak tahu berapa lama lagi semangat ini akan kuat.
Mungkin kata-kata semangat dari diri sendiri sahajalah yang dapat membantu ibu menguatkan semangat,
Ibu nak anak-anak ibu tahu bahawa ada ketikanya apabila kita diuji olehNya, kita terasa seolah-olah hilang arah dan mungkin ada kalanya terfikir untuk putus asa, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.. Tidak mungkin Dia akan meninggalkan kita.
Yang pasti, apabila hilang semangat, kembalilah kepadaNya dan pohon agar Allah kurniakan kita kekuatan untuk menghadapi segala-galanya.. Laa Haula wala quwwata illaa billaa hil 'aliyyul 'adziim... amiin..