Sama ada instruction ibu tak clear atau korang yang tak dengar.. Kan ibu cakap, pack baju jalan, sebab lepas mandi pool, kita nak keluar pergi makan.. Dah la masa main kat pool, ibu cakap, jangan main kat tempat panas... Semua dah hitam legam..
Yang sorang pakai baju dengan seluar tidur.. yang sorang langsung tak bawak baju.. yang sorang lagi nangis sebab kena marah, yang sorang lai takut giler walaupun tak buat salah..
Apa-apa pun, dah cakap ke Alhamdulillah.. sebab Allah bagi rezeki kat kita.. dapat jumpa Nyang, sambil bersantai kat tepi kolam.. Semoga Allah murahkan rezeki kita.. Ibu juga berharap sangat korang semua dah kurang sikit bergaduh.. Kalau takat benda-benda kecil tu pejam je la mata.. Bukan apa, takut nanti terbiasa dah korang dah besar-besar pun bergaduh. Ibu pun dah pening, asyik dengar korang bertekak.. Bila tanya, bendanya kecik je.. Tension betul!
No comments:
Post a Comment