Assalamualaikum anak-anak ibu..
Pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak sampai ke penghujung.. Sedih betul ibu.. Sambil ibu menaip air mata ibu bergenang sebenarnya.. menangisi pemergian ramadhan.
Ibu bersyukur Allah beri ibu peluang sekali lagi menyambut ramadhan. Ibu rasa, inilah ramadhan yang paling bererti bagi ibu. Walaupun ibu hanya sempat berpuasa cuma 15 hari sahaja.. dan terpaksa makan di siang hari kerana takut perut kembung.. ibu rasa gembira sangat dengan ramadhan ni.
Adik Muhammad lahir di hari yang penuh barakah.. sesuai dengan namanya yang mengingatkan kita semua tentang kekasih Allah. Semoga dengan kehadiran adik Muhammad akan menambahkan cinta kita kepada Rasulullah..
Ibu tahu, semua pun sedih ramadhan akan berlalu.. Hilanglah bonus berganda kita.. Buat amal sikit tapi Allah bagi pahala berganda-ganda.. Ibu hanya boleh berdoa dan berzikir sahaja.. Mulanya memang ibu sedih, tapi Allah Maha Adil.. bagi perempuan yang berhadas seperti ibu, cukuplah sekadar berzikir, berdoa dan memperbanyakkan sedeqah..
Kesian ibu tengok semua keletihan.. dahaga.. sampai tertidur-tidur lepas balik sekolah.. tapi apa yang menunggu semuanya pahala dan rahmat Allah. Allah maha mengetahui. Allah tahu siapa yang puasa keranaNya. Bila kita sabar menahan lapar dan dahaga, Allah akan balas setiap keperitan dengan pahala dan rahmatNya..
Kesian juga ibu tengok Irfan yang baru belajar puasa. Terpaksa makan roti sekeping bila terasa lapar, makan menyorok di bilik dan sambung balik puasa. Kadang-kadang terpaksa pulak Naufal tolong adik sambil tahan lapar. Nurul pulak puasa-puasa terpaksa temankan adik ke bilik air. Haziq pulak, tertidur-tidur lepas tadarus sementara nak menunggu pergi ke sekolah.
Tapi itulah keindahan ramadhan.. Allah memberi bonus berganda kepada kita.. Sempat lagi 2 hari untuk kita pohon keampunan, berzikir, bertadarus dan sembahyang tarawikh. Memang penat.. tapi bayangkan di bulan lain pahala kita buat 8 rakaat cuma dapat pahala 8 rakaat tetapi di bulan puasa.. Allah sahaja yang tahu pahala berapa rakaat yang diberi..
Semoga kita mendapat ramadhan yang terbaik tahun ini!
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment